Want your
own Fotopage?








 
Crony Beauty (M) Sdn Bhd
Crony's World Of Excellence
By: Norhidawatie Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 15-Aug-2006 10:14 Email | Share | | Bookmark
Website Crony Beauty kini dilancarkan!!

Salam sejahtera kepada semua internet surfers ,

Saya dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin memaklumkan bahawa website Crony Beauty telah pun dilancarkan hari ini! Di sebabkan oleh permintaan yang tinggi supaya CRONy mempunyai website agar mudah pelanggan mendapatkan maklumat terkini, maka saya dengan inisiatif sendiri telah merekacipta laman web ini agar segala maklumat yang perlu dapat disampaikan kepada pelanggan.

Dengan adanya website ini, dapatlah semua pelanggan melayarinya dan mengenali CRONY dengan lebih dekat lagi sebelum membuat keputusan membeli produk ini.

Saya dengan segala hormatnya menjemput anda semua melayari laman web CRONY di alamat :

www.bajucrony.com

Yang benar,

Watie Aziz

saya mau order korset bagaimana caranya.please help me untuk order. Fri 28-Aug-2009 22:54
Posted by:Erwina Holloway
http://www.allcanadagoose.com/ Canada Goose Expedition Park Jacket
http://www.allcanadagoose.com/ Canada Goose Solaris Parka
http://www.allcanadagoose.com/ Canada Goose Down Gloves
Sun 20-Nov-2011 16:15
Posted by:canada goose jackets  - [Link]
http://www.jordanairmax13.com/ Jordan max fusion 13
http://www.jordanairmax13.com/ air max Jordan 13
http://www.jordanairmax13.com/ air Jordan 13 fusion max
Tue 22-Nov-2011 10:55
Posted by:jordan air max fusion  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 1-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Promosi Tukar Lama Pada Baru!

CRONY kini mengadakan Promosi Tukar Lama kepada Baru!!

Bermula dari April 2006 hingga 5 July 2006, pelanggan boleh menukar pakaian CRONY mereka yang lama kepada pakaian yang baru!!

Dapatkan rebet sebanyak RM 200 untuk helaian pertama, RM 100 untuk helaian kedua & ketiga! . Anda jimat sehingga RM 400 untuk satu set pakaian yang baru! .

Cepat! Sebelum terlambat! . Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122


askum watie,
kat mana sy nak dptkan set crony jika sy tinggal kat kepong area.and is there possibility to get it by instalment?btw, how much wl one set cost take? thank you
Wed 25-Jul-2007 11:48
Posted by:asmah
Very good question, can I also know if I can get this garment in installments. How much will it cost me. Thanks u very much. Wed 18-Aug-2010 06:35
Posted by:mohana
as posted ,,, boleh kah saya menukar set pakaian dalam saya kepada yang baru? bagaimana? Fri 27-Aug-2010 13:13
Posted by:anita
Add comment


Monday, 24-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Testimoni Pakaian Pembentukan Badan Crony

Mrs Angie Tan Lay Choo Before Programme.
Mrs Angie Tan Lay Choo Before Programme.
Mrs Felicia Lim Before Programme.
View all 14 photos...
Sekali lagi saya akan berkongsi pengalaman sebenar yang saya alami sendiri apabila menggunakan produk pembentukan badan CRONY iaitu S1,S3 dan S5. Sebagai Pegawai Pemasaran, kami wajib mencuba semua produk yang syarikat keluarkan agar kami dapat merasakan kehebatan produk itu seterusnya dapat membuat penerangan dan penyampaian dengan lebih yakin.

Saya memang teruja untuk mencubanya tetapi belum berkemampuan untuk membelinya. Maklumlah, sebulan sebelum saya menyertai CRONY, ada seorang wanita bertemu saya untuk menjual pakaian pembentukan produk jenama X. Harganya? RM 2000 lebih! Memang saya akui bukan murah, tetapi kakak saya yang baru lepas bersalin menggesa saya membelinya supaya dia mempunyai kawan untuk memakai pakaian tersebut bersama. Pelik kan? Tapi saya ikutkan saja. Sebab saya yang mempromosikan pakaian tersebut padanya. Mengapa? Kerana saya ingin ‘lari’ dari membeli produk tersebut. Tapi akhirnya saya terperangkap juga apabila dia ingin saya membeli sekali pakaian tersebut. Disebabkan dia yang membayar wang pendahuluan, saya setuju. Saya membuat perjanjian akan membayar ansuran bulanan padanya (hingga sekarang masih belum habis lagi…).

Saya sebenarnya tidak menyangka yang saya akan menyertai syarikat gergasi CRONY ini. Masakan tidak, dahulu pun, bila saya mendengar nama CRONY, saya sudah terbayangkan butik yang hebat dan elegan. Dipenuhi oleh kaum Cina yang kaya dan wang bukan satu masalah besar. Jadi, bekerja di sini adalah satu kenyataan yang tidak pernah saya mimpikan. Jangan tanya bagaimana saya tahu mengenai CRONY. Bukankah saya sudah memberitahu bahawa saya seorang yang obses pasal kecantikan? Sudah tentu saya pernah mendengar nama CRONY walaupun tidak pernah melihat sendiri produknya. (agak pelik apabila saya tidak tahu yang CRONY ada mengeluarkan produk penjagaan wajah dan makanan kesihatan, saya ingatkan hanya pakaian pembentukan tubuh sahaja..)

Apabila bekerja di sini, saya diwajibkan membeli satu set pakaian dalam CRONY selepas jawatan saya disahkan. Saya tidak begitu kisah untuk membelinya tetapi hutang dengan kakak saya pun belum habis, takkan hendak melabur lagi? Memang saya tidak dipaksa untuk membelinya tetapi bagaimana kalau pelanggan bertanya. Saya tiada pengalaman memakai produk ini. Sudah tentu penerangan saya tidak meyakinkan. Pengalaman saya memakai produk jenama X adalah. Apa yang boleh saya katakan tentang produk X itu? Mmm..kalau mahal, tapi tak kurus jugak tak tau lah! Bukan niat memburukkan mana-mana produk kerana itu bukan prinsip saya. Hanya berkongsi pengalaman sebenar yang saya alami. Produk X berjaya membentuk badan saya tetapi saya harus menahan kesakitan selama 2 minggu! Kenapa 2 minggu? Kerana kakak yang menjual itu mengatakan saya akan melihat kesannya dalam 2 minggu! Apa saya lihat memang ada sedikit kesannya tetapi saya rasa sakit dan tidak selesa sepanjang 2 minggu itu. Apabila membuka pakaian tersebut, saya akan mulakan operasi menggaru. Gatal! Cukup 2 minggu saya berhenti memakainya. Jadi,apa yang perlu saya katakan pada pelanggan tentang produk CRONY jika saya tidak memakainya?

Penolong Pengurus saya adalah orang yang mengukur tubuh badan saya dan memberi saya saya satu contoh baju dalam untuk saya cuba. Selesai memakainya, saya serta merta berubah fikiran! Walaupun duit tidak ada dalam tangan, saya nekad untuk membeli. Kenapa? Anda harus mencuba sendiri barulah anda tahu bagaimana sukarnya saya untuk menerangkan kehebatan baju ini. Saya kemudian membeli baju dalam ini menggunakan kad kredit. Hutang lagi…!Tetapi saya puas kerana menemui produk yang benar-benar berkesan tanpa menyakitkan. Agak mengecewakan kerana saya rasa terpedaya dengan kakak yang menjual produk X tersebut. Sebelum membeli, saya bertanya adakah harga produknya itu sama dengan Crony, beliau berkata harganya lebih kurang sama. Jadi, saya pun tak kisahlah. Saya percaya kata-katanya kerana CRONY jenama yang ekslusif, harganya tentu mahal sedikit atau lebih kurang sahaja. Apabila mendapat tahu harga satu set baju dalaman CRONY hanya RM 1500 belum ditolak rebet, sakitnya hati bukan kepalang! Lebihan RM 500 yang saya laburkan pada produk X itu boleh membeli satu helai lagi pakaian CRONY! Tetapi saya cuba mengambil positif pengalaman ini kerana sekurang-kurangnya saya dapat membuat perbandingan kedua-dua produk kepada para pelanggan saya. Seperti yang saya katakan, bukan prinsip saya memburukkan produk pesaing. Saya cuma membuat perbandingan kedua-dua produk dan rasanya pelanggan lebih arif yang mana satu pilihan kalbu. Apa yang boleh saya katakan, pengalaman tidak pernah silap dalam mengajar kita membuat pilihan yang tepat!

Kini, saya lebih langsing dan sentiasa mendapat pujian pelanggan. Saya rasa jatuh cinta dengan pakaian ini kerana ia melekap pada padan seperti ibu memeluk anaknya! Tiada tekanan, saya tidak sedar ia berada di tubuh saya kerana tiada tekanan yang menyakitkan. Cara bernafas mungkin tidak seperti biasa jika tidak memakainya tetapi tidaklah seperti orang semput pula! Kalau kita makan berlebihan pun kita akan rasa sesak nafas bukan! Maklumlah, perut terlalu penuh. Saya tidak menyedari yang saya telah kurus hinggalah apabila saya pergi ke pejabat lama dan semua orang mengur saya dan mengatakan saya telah kurus! Perasaan saya? Sudah tentu bangga dan ini menambahkan keyakinan saya ketika membuat penyampaian.

Saya rasa amat bangga dapat membantu wanita mencapai berat badan ideal. Kerana itulah, saya tidak kisah menghabiskan masa berjam jam menerangkan cara penggunaan produk dan tips tips kesihatan kepada pelanggan. Tidak percaya? Tanyalah pelanggan-pelanggan saya! Mereka lebih kenal siapa Watie..

Sekarang saya tidak risau lagi tentang bentuk tubuh saya di majlis persandingan saya nanti. Saya ada CRONY yang akan menjadi teman rapat saya pada hari yang bersejarah itu nanti. Sekarang saya lebih memfokuskan kepada wajah saya dan kesihatan dalaman. Terima kasih setulus hati, CRONY !


Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122

actually i've been usin the crony figure fits already 5 days..coz i bought it last thursday 10/6/10.so hw long i can c d difference?my weight is currently is 60kg and height 155cm.can i c d difference in 1 month time Mon 14-Jun-2010 09:38
Posted by:Praveena
sy nak beli baju crony. tetapi sy belum tau lagi nak beli kat mana dan harganya berapa?
tolong memberi keterangan utk sy.
Tue 14-Sep-2010 05:40
Posted by:kalaivanee
salam, sebenarnye sy mmg sdng mencari girdle..sebelum ni sy pernah pkai girdle jenama ivy6..tp skrg sy nk cube girdle yg baru,so boleh sy tahu berapa hrg sebenar girdle ni..dan kira2 1 bln boleh turun brp kg? Thu 11-Nov-2010 09:00
Posted by:zie
View all 4 comments Add comment


Sunday, 23-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fungsi Pakaian Pembentukan Tubuh Crony & Cara Pemakaiannya

Ruang yg m'benarkan p'gerakan bdn tanpa m'gganggu buah dada
Buah dada akan kekal ditempatnya tanpa ternaik ke atas
Di sini saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang fungsi setiap helai pakaian pembentukan tubuh badan CRONY agar semua jelas mengenainya. Untuk pengetahuan anda, beza antara pakaian siri hitam dan warna kulit hanyalah dari segi saiz cup iaitu untuk siri hitam, cup nya adalah 3/4 cup manakala bagi siri warna kulit, cup nya bersaiz penuh.(full cup). Harga bagi pakaian pembentukan badan warna kulit lebih rendah dari warna hitam di mana perbezaannya hanya RM 20.00 bagi sehelai pakaiaan. Anda boleh menggunakan pakaian dalam ini sehingga 24 jam sehari, sama ada untuk berjalan,bersukan seperti gym atau ketika berenang. Lihat maklumat di bawah untuk fungsi-fungsi pakaian dalam pembentukan tubuh Crony:

Long Bra (S1 @ S1-1)
Long Bra ini bertujuan untuk memegang buah dada supaya padat dan membentuk sisi tubuh agar lebih ramping dan cantik. Satu keistimewaan Long Bra ini ialah ianya telah dipatenkan rekaannya, bermakna tiada mana-mana syarikat yang dibenarkan meniru konsep yang digunakan. Anda akan dapati bahawa bahagian bawah untuk cup coli berdawai mempunyai satu ruang kosong. (lihat gambar) Ia dicantumkan dengan bahagian bawah dada ke perut melalui jahitan sisi di bahagian cup coli. Tujuannya adalah supaya ketika anda melakukan tugas-tugas harian yang memerlukan pergerakan, kedudukan buah dada anda akan tetap dan coli tidak naik ke atas. Hanya bahagian bawah buah dada sahaja yang akan bergerak mengikut arah pergerakan anda. Dengan pemakaian yang betul dan konsisten, anda akan dapati buah dada anda menjadi montok dan bulat, tidak menggeleber dan lemak-lemak di bahagian sisi, belakang badan dan perut akan hilang.

Cara pemakaian -
Sekiranya anda tidak biasa memasang cangkuk bra di belakang badan, minta bantuan ibu, suami, adik atau kakak untuk mencangkukkan nya. Jangan sekali-kali anda anda memasang butang di depan dan kemudian memusingkannya ke belakang. Anda akan merosakkan pakaian tersebut! Ini bukan hanya untuk pakaian dalam CRONY tetapi juga untuk bra-bra anda yang lain juga. Selepas itu, masukkan tangan kanan anda dicelah ketiak kiri dan bawa ke belakang sejauh yang boleh. Tarik semula lemak-lemak di belakang badan anda atau lebih dikenali sebagai 'second breast at the back' ke dalam cup coli anda. Pastikan anda tarik semua isi buah dada anda ke atas dan pegang bahagian bawah coli untuk memastikan tiada sebarang isi atau lemak tertingal. Kemudian, lepaskan buah dada anda perlahan-lahan. Jangan terkejut jika secara tiba-tiba buah dada anda menjadi begitu ‘menggunung’ atau ‘push up’. Itu adalah normal kerana semua lemak-lemak anda telah dimasukkan ke dalam baju dan cup. Sekiranya anda konsisten memakai Long Bra ini, anda akan dapati ukur lilit keliling badan anda semakin mengecil, ‘second breast at the back’ akan hilang dan isi-isi lembik di atas dada akan susut. Ini diikuti dengan leher anda di mana ia akan susut dan leher jinjang anda akan kelihatan.

Long Drawer (S3 & S3-1)
Long Drawer ini berfungsi untuk memegang punggung, peha dan perut anda dengan kejap serta dapat membakar lemak dengan efektif. Ia juga mampu mengecilkan peha, membentuk punggung menjadi bulat dan pejal dan membantu proses mengempiskan perut. Adalah penting untuk anda mendapatkan saiz pakaian yang sesuai dengan ukuran anda supaya tiada tekanan yang anda rasai ketika memakai seluar ini. Apabila anda memakai seluar yang sesuai saiznya dengan anda, apa yang anda rasai hanyalah keselesaan tanpa tekanan. Anda akan jatuh cinta dengannya hari demi hari. Long Drawer ini berupaya menaikkan rahim anda dan meletakkannya di kedudukan yang tetap. Kerana itu ia amat sesuai digunakan oleh mereka yang baru melahirkan anak. Selain untuk mebentuk tubuh, rahim juga akan lebih sihat. Kami tidak menggalakkan pelanggan memakai seluar dalam ketika menggunakan Long Drawer. Ini kerana pemakaian yang salah untuk seluar dalam atau panty girdle akan menyebabkan lekuk-lekuk hodoh di pinggang dan punggung anda. Gunakan panty liner atau pad (ketika haid) apabila memakai Long Drawer.


Cara penggunaan
Masukkan kedua-dua kaki anda ke dalam seluar dan tarik ke atas perlahan-lahan. Gunakan kedua-dua tangan ketika menarik supaya kedudukannya sama. Cangkung sedikit untuk memudahkan seluar ditarik ke atas. Jangan paksa dengan kasar apabila menarik seluar. Lipat hujung seluar kiri dan tarik ke pangkal peha. Ulang untuk seluar sebelah kanan.Apabila kedua-duanya telah ditarik ke pangkal peha, tarik seluar bahagian atas untuk menutup perut dan punggung. Pastikan cawat seluar itu melekap di bahagian vagina. Apabila ia melekap, ia tidak akan bergerak dan anda akan tetap selesa memakainya walaupun pada waktu haid. Ini kerana ia tidak bergerak, tidak seperti seluar dalam atau girdle biasa. Masukkan tangan anda ke bahagian perut dan tolak lemak-lemak anda ke bahagian belakang sebelah kiri terus ke bawah punggung dan tarik punggung anda ke atas. Anda akan dapati punggung anda tinggi dan montok tanpa gegaran. Ulang sebelah kanan. Selepas itu, cuba tarik lagi bahagian atas seluar anda . Anda akan dapati , ia boleh ditarik melepasi bahagian pinggang. Semakin anda kurus, semakin mudah anda menariknya ke atas dan ia bukan setakat menutup perut anda tetapi juga boleh sampai sehingga ke bahagian bawah buah dada. Dengan pemakaian konsisten, bahagian punggung akan menjadi montok dan bulat, peha menjadi kecil,perut akan menjadi kempis dan pinggang menjadi ramping. Anda akan dapati pinggang dan bahagian belakang badan anda membentuk satu lekukan cantik terus ke punggung.

Girdle (S5 & S5-1)
Girdle ini berfungsi untuk membentuk bahagian pinggang menjadi ramping dan mengecilkan perut. Bagi mereka yang mempunyai masalah perut buncit sama ada lelaki atau perempuan, anda wajib memakai girdle ini setiap hari. Anda boleh melihat perubahan bentuk badan anda apabila semakin lama anda pakai, anda perlu mengubah saiz tali di belakang baju tersebut supaya lebih ketat. Ini menunjukkan pinggang anda telah kecil dan perut anda telah kempis.

Cara penggunaan.
Gunakan Girdle selepas memakai Long Bra & Long Drawer. Terdapat sesetengah pelanggan yang terlalu besar tubuhnya akan menghadapi keadaan dimana Girdle ini terlipat ke atas apabila duduk. Jika keadaan ini berlaku, anda boleh menggunakan Girdle dahulu sebelum memakai Long Bra & Long Drawer.Pastikan cangkuk baju berada dibahagian depan dan tali dibahagian belakang. Anda boleh mengubahsuai kedudukan tali dibahagian belakang untuk mengetat atau melonggarkannya. Apabila badan anda semaki kurus, anda akan dapati tali di bahagian belakang perlu sentiasa di ubah kedudukannya. Jangan tanggalkan penanda yang anda buat sebelum ini supaya anda dapat melihat perubahan yang berlaku ke atas tubuh badan anda.

HY CEMUA ADD ATU YEA Sun 26-Oct-2008 09:45
Posted by:3K
he he he Sun 26-Oct-2008 09:47
Posted by:3K
Sat 20-Nov-2010 12:58
Posted by:unnamed
Add comment


Saturday, 22-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pakaian Pembentukan Tubuh CRONY - Revolusi Kecantikan Masa Depan

CRONY Body Contour Set Black Series (RM 1500-3 pcs set)
S1-1 Crony Envy Long Brassiere (RM 500)
S2-1 Crony Short Brassiere + Liquid Padding (RM 320)
View all 14 photos...
CRONY telah memperkenalkan set pembentukan kontur badan yang dinamakan LAFENIE yang telah mengubah bentuk badan beribu-ribu wanita di seluruh dunia.Setelah 12 tahun diperkenalkan di pasaran Malaysia, ia tetap menjadi bualan hangat dan permintaannya semakin tinggi. Mengapa? Kerana selain harganya yang begitu berpatutan, kualiti dan material yang digunakan untuk membuat produk ini sangat tinggi dan berbeza dari pakaian pembentukan tubuh yang lain di pasaran. Ini tidak menghairankan kerana CRONY mempunyai pasukan penyelidik khas yang sentiasa melakukan penyelidikan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pakaian ini dari masa ke semasa.

Projek kontur badan LAFENIE merupakan sinar harapan dalam pembentukan semula kontur badan kaum wanita. Melalui gabungan ilham fesyen negeri Perancis dan teknologi mikro, suatu perkembangan dalam pembentukan tubuh wanita telah tercipta.

Dalam usaha mempromosikan kecantikan yang menyeluruh bagi wanita, program kontur badan LAFENIE telah dicipta. Prinsipnya berdasarkan pemakaian pakaian dalam ketat yang memeluk badan untuk menambahkan kecantikan kontur badan dan seterusnya menghasilkan bentuk yang lebih ayu.Oleh itu pakaian dalam LAFENIE juga digelar sebagai “Envy Lingerie” (pakaian dalam yang menghasilkan perasaan iri hati).

Bagi menyambut permintaan golongan ramai untuk pakaian dalam yang lebih berkesan, pakar-pakar dalam bidang pembentukan badan, fabric dan sulaman telah bergabung untuk mengkaji masalah tersebut. Hasil gabungan tersebut mereka telah menemui suatu rekaan yang meniru kejadian alam semulajadi, yakni proses pengoksigenan yang terdapat pada sehelai daun.Permukaan daunnya licin dan berkilat sementara behagian dalamnya pula lembut membolehkan penyerapan air dan udara berlaku. Berdasarkan prinsip ini, sejenis fabric yang baru telah terhasil, iaitu “Oxygenyarn”.

Dengan gabungan nasihat pakar kontur badan yang mengenali bahagian-bahagian badan wanita serta ahli sulaman yang mahir menjahit fabric “Oxygenyarn”, maka terciptalah pakaian dalaman revolusi yang kemas dan cantik – LAFENIE!

Pelancaran pakaian wanita yang revolusi ini telah mendapat sambutan hangat. Pendapat ramai menyetujui bahawa sebarang pakaian di badan seharusnya selesa diguna terutama sekali pakaian dalam. Adalah penting untuk merasa sedap, selesa dan sihat semasa menggayakan pakaian.
Soalan yang timbul seterusnya pula ialah sekiranya pakaian dalam tidak ketat memeluk badan, adakah ianya berkesan.

Teori “Envy Lingerie” LAFENIE adalah sama seperti memakai cincin. Kita memakai cincin setiap hari, tetapi kita tidak pernah merasa tekanannya. Akan tetapi, apabila kita menanggalkan cincin, kesannya ketara di jari. Teori “Envy Lingrie” adalah seprti di atas, kelebihannya: Ia tidak memberikan tekanan, ia hanya membawa keberkesanan “Envy Lingerie” LAFENIE terdapat 7 kelebihan jika dibandingkan dengan pakaian dalam ‘foundation” biasa:

1. Hanya kecantikan dan bukannya tekanan. Berdasarkan teori bentuk badan, ia dicipta khas dengan rekaan ketegangan berperingkat dan selaras dengan daya ketahanan ketegangan tubuh badan wanita. Ia hanya menyelaraskan lemak dan tidak mnekan pertumbuhan sel-sel dan tulang.
2. Teori daun yang khas menciptakan “Oxygenyarn”, membenarkan kulit bernafas dengan mudah di samping menyekat pertumbuhan lemak.
3. Ciri-ciri penyerapan peluh, pengudaraan “Oxygenyarn” melindungi kulit supaya sentiasa kering, tanpa menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan pembiakan bacteria-bakteria. Ia selesa dipakai.
4. “Ketegangan kain fibre dua haluan” yang unik bertindak rapat dengan tubuh badan manusia, memberikan keberkesanan yang ketara.
5. Kualiti yang baik, permukaan luas sutera lembut dan bahagian dalaman kapas lembut, memelihara kulit lembut kaum wanita.
6. Rekaan yang berkualiti, mewarisi gaya penjahitan Paris yang ternama, mahupun setiap peralatan yang kecil (misalnya: pengait, tali bahu cangkuk…dan sebagainya) semuanya direka khas.
7. Menggunakan cara penjahitan yang bersesuaian dengan teori bentuk badan, menggariskan bentuk badan yang seimbang dan cantik lampai.

Adalah penting untuk mengetahui kandungan dan fungsi material yang digunakan untuk membuat baju pembentukan tubuh ini supaya hasil yang diperolehi berupaya untuk membentuk tubuh dengan selesa tanpa tekanan. Di Crony, kami menggunakan material Kapas 35%, Spandex 35% dan Sutera 30%. Setiap material ini mengandungi faedah dan fungsi tersendiri.

Kapas adalah sejenis fabrik lembut yang sering digunakan untuk membuat tekstil yang lembut dan boleh bernafas. Ia bertujuan untuk menyerap peluh dengan baik supaya kulit kita boleh bernafas seperti biasa apabila memakai pakaian pembentukan badan CRONY ini.

Spandex pula adalah sejenis kain sintetik yang boleh meregang sehingga 500 kali tanpa pecah. Ia bertujuan untuk memberikan fungsi elastik terhadap pakaian dalam agar ia boleh mengikut bentuk tubuh si pemakai tanpa memberikan tekanan terhadap tubuh badan.

Begitu juga dengan Sutera. Ia memberikan rasa sejuk apabila hari panas dan rasa suam apabila hari sejuk. Kerana itu, tidak hairanlah jika anda boleh memakai CRONY dalam tempoh waktu yang panjang antara 8-12 jam malah ada yang memakainya untuk tempoh waktu 24 jam.

Gunakan CRONY untuk melihat kesan serta merta pada tubuh badan anda! Selagi anda menggunakan Pakaian Dalam CRONY, masalah kulit menggeleber, payu dara jatuh, lemak berlebihan atau kegemukan tidak akan berlaku. Tidak kira berapa umur anda! Ini kerana Pakaian Pembentukan CRONY ini melawan graviti!
Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut dan untuk sessi demo percuma! Rasai sendiri kehebatan CRONY !

Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Website:www.cronyparis.com @ www.e-crony.com
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122

i pun nak cuba ni. mana boleh boleh, harganya sekarang berapa? adatak stokis kat Puchong Thu 25-Nov-2010 09:10
Posted by:sangeetha
hai watie , i m one member in crony my upline is Amutha,
Can i get kit from crony ?
because my down line is asking .

pls do contact me if got 0163403296 Vicky
Thu 7-Apr-2011 05:10
Posted by:Vicky
macam mana sya nk repair set yg pernah saya beli.Ada dealer di NILAI tak???? Sun 2-Oct-2011 13:05
Posted by:ROKIAH BT ABDUL KADIR
View all 34 comments Add comment


Friday, 21-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Testimoni Produk Kecantikan AA- Mimpi Ngeri Telah Berakhir...

Brenda-Front View Before Programme
Brenda-Front View After Programme
Brenda-Left View Before Programme
View all 27 photos...
Di Crony, kami melatih staff-staff untuk menjadi pengguna setia bagi semua produk keluaran syarikat. Ini penting kerana adalah sesuatu yang pelik apabila seorang pegawai pemasaran memakai produk yang berlainan jenama dan kemudian menjual pula produk keluaran syarikat. Ini akan menyebabkan konflik produk berlaku. Kerana itu, tidak hairanlah jika testimoni yang digunakan sering merujuk kepada wajah-wajah staff sebelum dan selepas menyertai CRONY. Ia lebih mudah kerana kami yang akan berjumpa dengan pelanggan dan membuat penerangan berkenaan produk. Lebih mudah untuk pelanggan melihat kesannya dengan nyata.

Saya lebih berminat untuk menceritakan pengalaman saya apabila mengambil produk CRONY. Saya merupakan seorang yang obses terhadap kecantikan. Bagi saya, menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit idaman adalah pelaburan yang berbaloi. Boleh dikatakan saya telah mencuba kebanyakan produk di pasaran untuk memperbaiki kulit wajah saya yang saya sifatkan bermasalah. Dari harga yang paling murah hingga yang mencecah ribuan ringgit. Walaupun ribuan ringgit telah lebur, kesan yang dialami tidak statik. Apa yang menyakitkan hati, walaupun jerawat yang keluar cuma 5 biji tetapi muka saya nampak comot kerana jerawat tersebut bersepah. Di dahi sebiji, pipi kiri sebiji, pipi kanan dua biji dan atas hidung. Ini amat menyeksakan kerana kelihatan seperti muka ini penuh dengan jerawat. Mungkin disebabkan tekanan kerja dan waktu tidur yang tidak menentu ditambah pula jenis kulit yang berminyak, muka saya mudah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi bila musim ‘tengkujuh’ datang. Pasti ada tambahan jerawat di muka ini. Proses menghilangkan jerawat mengambil masa yang cukup lama. Belum sempat jerawat A turun, jerawat B pula naik. Kitaran 1 bulan sebelum haid berikutnya datang tidak cukup untuk menghilangkan jerawat ini, Ini menyebabkab tekanan saya makin bertambah. Di tambah pula majlis perkahwinan saya akan diraikan pada 26 November 2005. Dengan muka yang berjerawat dan berparut hitam akibat jerawat lama, saya cukup tertekan. Concealer menjadi teman setia. Itupun kadang-kadang masih tidak mampu menutup cela di wajah. Sampai satu tahap, saya ambil kamera digital dan mula merakam wajah sendiri yang penuh dengan parut dan jerawat. Depan, Kiri dan kanan. Ohhh..Memang menakutkan. Makin benci rasanya pada wajah sendiri. Tapi saya kata inilah bukti yang akan saya tunjukkan pada orang jika muka saya kembali pulih. Dan ketika itu, saya akan promosikan produk yang berjaya merubah wajah saya secara besar-besaran. Tunang saya sudah mula bertanya mengapa muka saya kelihatan begitu teruk.

Pada bulan Julai 2005, saya diterima bekerja di CRONY. Pada mulanya, saya tidak yakin kerana saya terfikir – Muka sendiri pun berjerawat, bagaimana hendak menyakinkan pelanggan yang produk yang saya jual adalah produk terbaik? Tapi di sinilah keazaman saya datang. Saya lebih bersemangat untuk memulihkan kulit wajah. Walaupun tidak 100%, sekurang-kurangnya biarlah jerawat ini kering dan mengecut. Pengalaman bekerja di CRONY menjadikan saya seorang yang lebih berpengetahuan dalam penjagaan kulit wajah. Penolong Pengurus di jabatan saya telah mengesyorkan saya untuk menggunakan produk CRONY. Saya mengikut nasihatnya dan mula menukar semua produk kecantikan saya sekali lagi. Memang pelaburan yang tinggi tetapi saya bertawakal demi untuk mendapatkan kulit yang sihat. Beberapa hari kemudian saya dapat merasai keajaiban berlaku pada wajah saya. Memang agak sukar dipercayai tapi itulah hakikatnya. Masih saya ingat, terdapat satu bintik hitam (black head) di atas hidung saya yang cukup menjelekkan. Saya sudah berusaha selama lebih 3 minggu untuk mengeluarkannya menggunakan besi pencungkil jerawat tetapi tidak berjaya sehinggalah saya mengalah. Tidak guna memaksa kalau akhirnya ia menjadi parut yang lebih hodoh. Apabila saya mencuci muka dengan A1 dan menggunakan A2 pada waktu malam, saya dapati kulit saya menjadi lembap.

Keesokan harinya, ketika saya melihat wajah dicermin, sekali lagi saya ternampak black head itu. Geram melihat seakan-akan biji kecil bewarna hitam terkeluar dari permukaan kulit tetapi sangat degil untuk dikeluarkan, saya nekad mencungkilnya sekali lagi. Amatlah memeranjatkan apabila saya mendapati black head tersebut keluar dengan mudah tanpa perlu saya menekan kuat hidung saya. Saya tertanya-tanya dan rasa tidak percaya melihat keberkesanan produk ini. Saya tidak mahu terlalu yakin dan cepat membuat kesimpulan mengatakan produk ini bagus semata-mata saya bekerja di sini tetapi buktinya terlalu nyata. Saya terus setia menggunakan produk ini dan bulan seterusnya telah meyaksikan perubahan yang nyata ke atas kulit saya. Jika ada jerawat sekalipun, ia lebih lembut dan tidak menyakitkan serta mudah menghilangkannya.

Bulan ketiga saya bekerja, saya membeli produk A10 pula. Betapa menyesalnya saya tidak memakai A10 sebelum ini kerana setelah menggunakannya, boleh saya katakan ia adalah produk paling bagus malah ajaib pernah saya temui! Masakan tidak, kulit saya tidak lagi kemerahan malah parut semakin nipis dari hari ke hari. Ia kelihatan seolah-olah ada satu lapisan minyak di atas muka saya yang menyebabkannya kelihatan bersinar dan sihat.tanpa sebarang solekan! (ketika rawatan, saya memang tidak digalakkan menggunakan solekan kerana akan menutup pori-pori wajah) Rakan-rakan di pejabat mula bertanyakan perubahan kulit wajah saya. Hingga CEO saya pun memberikan komen! Memang saya kagum dengan A10. Ia bukan toner kerana kandungannya agak likat dan dipakai selepas menggunakan masker. Apabila diletak di muka, ia meresap dengan cepat dan yang paling menakjubkan, tiada langsung kesan melekit atau rengsaan yang ditinggalkan ke atas muka saya. Ia seolah-olah lenyap dimakan kulit muka.

Sehingga hari ini, kulit saya semakin sihat. Parut di bahagian atas pipi sudah hilang. Hanya tinggal sedikit parut hitam dibawah pipi. Hingga hari ini juga,semua produk saya masih ada lagi kecuali A1 (pencuci muka) yang saya beli buat kali kedua. Ini bermakna produk ini tahan lama sehingga 5 bulan.Jika saya bahagikan tempoh penggunaan dengan wang yang saya laburkan, saya kira saya telah banyak berjimat. Saya juga semakin yakin untuk memberi penerangan dan penyampaian berkaitan produk kepada pelanggan. Niat saya untuk menjadikan wajah sendiri sebagai testimony telah berjaya. Terima kasih CRONY. Saya bangga menjadi Pegawai Pemasaran dan Latihan di sini. Akan saya kongsikan pengalaman ini dengan semua pelanggan yang saya jumpa. Saya juga mempunyai pengalaman sendiri apabila menggunakan Pakain Pembentukan Badan CRONY. Nak tahu ceritanya? Sila lihat di Testimoni Pakaian Pembentukan Tubuh AS!

Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Website:www.cronyparis.com @ www.e-crony.com
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122

produk ni sesuai tak untuk orang yang berkulit sensitif? Tue 23-Jan-2007 16:25
Posted by:mar
Add comment


Thursday, 20-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Program Kecantikan AA-Wajah Sempurna Kini Menjadi Realiti!

A1-Hydrating Cleanser (RM 105)
A2-Lifting & Firming Complex (RM 190)
A3- Clarifying & Lightening Complex (RM 190)
View all 10 photos...
Seperti manusia, kulit juga memerlukan makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang sempurna. Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi keseluruhan tubuh badan kita tetapi pernah kah kita terfikir yang selama ini kita telah memberikan pelbagai ‘makanan’ yang berbahaya kepada kulit kita sendiri? Produk penjagaan wajah yang kita gunakan selama ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan malah risiko untuk mendapat kanser! Cuba anda kira sendiri sudah berapa lama anda hidup di muka bumi ini? Selama itulah anda telah memberi makan ‘racun’ kepada kulit anda! Anda perlu sedar bahawa bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kecantikan akan memberi kesan jangka panjang kepada anda, mungkin bukan kepada anda tetapi pada anak dalam kandungan anda! Tidak hairanlah bayi yang dilahirkan dewasa ini sering berpenyakit kronik. Atas kesedaran inilah CRONY telah menghasilkan satu rangkaian produk produk penjagaan kulit wajah yang semata-mata berasaskan bahan semulajadi dan tidak langsung mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia telah diuji dan sangat efektif dalam memberikan kesan kepada pengguna-penggunanya. Jangan terkejut jika pertama kali anda menghidu bau produk ini dan merasakannya tidak wangi malah tiada bau.Ini kerana semua rangkaian produk CRONY tidak dicampur dengan pewangi. Dengan menggunakan produk ini, anda tidak perlu lagi risau tentang kesan jangka panjang yang akan anda alami akibat penggunaan produk. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini dijamin bukan sahaja selamat malah bermutu tinggi.Tiada langsung bahan kimia,bahan pengelupasan,bahan pewangi mahupun bahan pemutih. Hanya bahan asli yang semulajadi. Ia selamat digunakan oleh sesiapa jua. Kerana keaslian produk kecantikan CRONY ini, maka penjagaannya memerlukan lebih perhatian. Tidak seperti produk lain yang boleh dibiarkan terbuka untuk beberapa lama, rangkaian produk kecantikan CRONY harus ditutup dengan cepat selepas menggunakannya. Ini kerana tiada sebarang bahan kimia di dalamnya dan jika ia dibiarkan terbuka, proses pengoksidaan akan berlaku dan akan memberi kesan terhadap kualiti produk. Demo mudah untuk anda lakukan: Cuba terbalikkan botol yang megandungi pelembab CRONY (A2 atau A3) dan lihat sama ada kandungannya mudah mengalir atau tidak. Kemudian bandingkan dengan apa-apa pelembab di pasaran. Anda akan dapati pelembab CRONY akan mengalir keluar dengan cepat tetapi produk yang ada dipasaran statik atau tidak mengalir keluar. Ini membuktikan bahawa produk CRONY tidak mengandungi bahan kimia yang mengikat produk tersebut dan menyebabkannya statik. Dengan penggunaan berterusan rangkaian produk kecantikan CRONY, kulit anda akan mengalami pertumbuhan semula dan menjadi lebih sihat, rata, halus, cerah, berseri. Bekas-bekas parut yang menghantui anda selama ini akan lenyap sama sekali. Menggunakan rangkaian produk AA CRONY bermakna anda telah memberikan makanan berkhasiat untuk kulit anda. Cubalah hari ini juga!

A1(Hydrating Cleanser) - Bukan setakat membersihkan kulit wajah tetapi juga berkesan dalam menanggalkan kesan mekap. Ia berfungsi untuk membersihkan liang-liang kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan mengasingkan kekotoran dari kulit. Tiada sebarang rasa ‘ketat’ atau rengsaan selepas anda mencucinya. Anda akan dapat melihat kulit anda sedikit cerah selepas menggunakan produk A1 ini. Anda juga akan merasa kesegaran setiap kali mencuci muka dengan produk A1. Gunakan pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan kesan optimum.

Cara penggunaan: Letakkan sedikit A1 ditapak tangan anda. Dengan menggunakan jari hantu, oleskan sedikit di 5 bahagian muka iaitu dahi,pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Selepas itu, gosok muka anda perlahan-lahan ke seluruh wajah. Cuci muka anda dengan air suam selepas menggunakannya.

A2 (Lifting & Firming Complex) -Produk makanan yang paling berkhasiat untuk kulit anda. Ia berfungsi untuk melembapkan dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit anda.Selain itu, ia mampu menghilangkan dan melicinkan garis-garis halus serta membaiki pembuluh darah, parut & kecacatan . Selain itu,ia juga mencegah penuaan, menegangkan kulit serta mengurangkan kedut di muka anda. Gunakan selepas penggunaan A10(Revitalizing Concentrate)

Cara penggunaan: Dengan menggunakan jari hantu, oleskan sedikit A2 di 5 bahagian muka iaitu dahi,pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Selepas itu, ratakan A2 tersebut ke arah atas perlahan-lahan sehingga menyerap. Anda tidak perlu menggunakan A2 dalam kuantiti yang banyak tapi pastikan ia meresap ke dalam kulit selurih wajah anda. A2 ini boleh juga disapukan ke seluruh leher supaya leher anda tegang dan tidak berkedut atau menggeleber. Ia juga dapat mengurangkan dagu berlapis (double chin).

A3 (Clarifying & Lightening Complex) - Produk khas yang dicipta untuk melindungi wajah anda daripada sinar UV selain dari memutih dan memperbaiki kulit. Ia berfungsi mengurangkan Tirosinase dan mencerahkan warna melanin. Ia berupaya untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan. Gunakan produk ini pada waktu siang sahaja tetapi bagi kulit yang berpigmentasi, gunakan pagi dan malam. Gunakan produk ini selepas penggunaan A2 (Lifting & Firming Complex).Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat & sensitive,anda hanya perlu memakai produk ini selepas kulit anda berubah menjadi normal semula.

Cara Penggunaan: Sama seperti A2 (Lifting & Firming Complex)

A4-(Clarifying Tightening Masque) – Masker ajaib yang berfungsi untuk menanggalkan keratin, melembut dan memutihkan kulit, menutup liang-liang, memperbaiki pengambilan oksigen dan memudahkan penyerapan nutrient ke dalam kulit. Disebabkan kandungan semuladinya yang tidak mengandungi bahan kimia, anda di syorkan menggunakannya selama 2 kali sehari (pagi dan malam) iaitu selama 7 min setiap kali. Bagi kulit yang sensitif, gunakan A4 setiap 2-3 hari dua kali (pagi & malam). Anda akan melihat kesan serta merta pada wajah anda apabila menggunakan A4 ini. Kulit anda semakin halus, lembut dan tegang. Demo yang sering kami lakukan adalah dengan mencuci dan menggunakan A4 pada sebelah muka sahaja. Anda akan dapati bahagian muka yang menggunakan produk ini lebih cerah, bersih dan tegang ke atas berbanding muka disebelah lagi. Gunakan selepas mencuci muka dengan A1 (Hydrating Cleanser)

Cara penggunaan-Selepas mencuci muka dengan A1, lapkan muka sehingga kering. Kemudian, picitkan kandungan A4 dan oleskan sedikit ke 5 bahagian muka iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Pastikan tangan dan jari anda kering ketika mengeluarkan masker. Jangan sampai air paip masuk ke dalam botol tersebut kerana ini akan menyebabkan kulat senang tumbuh di dalam botol tersebut (kerana tiada bahan kimia penghalang kulat didalamnya). Sapu A4 ke seluruh wajah dan biarkan selama 7 minit. Selepas itu, cuci muka seperti biasa. (Rujuk tajuk ‘Testimoni Pelanggan’ untuk melihat demo yang dilakukan ke atas pelanggan)

A6 (Normalizing Complex) – Produk ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Ia berfungsi untuk menyekat rembesan minyak, anti-bakteria dan anti-akne serta melembab dan melegakan kulit yang sensitif.Gunakan beberapa kali sehari pada kulit berakne atau luka akan dapat membantu proses penyembuhan yang lebih cepat. Gunakan selepas penggunaan A10 (Revitalizing Concentrate).

Cara penggunaan – Picit sedikit A6 dan sapukan ke atas kulit yang luka dan berjerawat. Tidak perlu memicit produk ini dengan banyak tetapi kekerapan menggunakannya lebih penting.

A10-(Revitalizing Concentrate) - Produk ajaib yang amat berkesan dalam menangkap radikal bebas. Ia bertindak seperti penyegar tetapi fungsinya jauh lebih baik dari itu. Penyegar biasanya cair tetapi A10 ini agak likat sedikit. Sangat menjimatkan kerana ia akan mengalir setitik demi setitik apabila kita memicitnya.Meresap ke dalam kulit dengan cepat kesan dari teknologi nano yang digunakan dan kulit anda akan menjadi lembap. Ia berfungsi sebagai agen anti pengoksidaan, melegakan keradangan, anti penuaan, memutih secara semulajadi dan menegangkan kulit muka. Selain itu, ia mengekalkan air, meredakan alergi kemerahan,bengkak,sensitif dan kegatalan akibat salah penggunaan produk atau disebabkan jerawat yang serius. Gunakan A10 selepas penggunaan A4 (Clarifying Tightening Masque) pada waktu pagi dan malam.

Cara penggunaan: Titiskan 5 titik A10 di tapak tangan anda dan kemudian oleskan ke 5 bahagian wajah anda iatu dahi, pipi kiri, pipi kanan, dagu dan hidung. Ratakan ke seluruh wajah. Lebihkan sedikit ke tempat yang bermasalah.Anda akan dapati A10 ini meresap dengan cepat ke muka anda tanpa meninggalkan sebarang kesan seperti melekit,merengsa atau sebagainya.

Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Website:www.cronyparis.com @ www.e-crony.com
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122

salam kenal, saya lisa dari jakarta, jika saya ingin membeli produk ini, di mana saya bisa membelinya di indonesia, kulit wajah saya sensitif dan agak berjerawat
bgmn sy bisa mendapatkan produk ini dan informasi yg lengkap ttg produk ini beserta harga nya, thanks
Wed 13-Dec-2006 06:38
Posted by:lisa
авто leave a reply <a href=http://autokool.ru/content/blogsection/7/31/>авто из рук в руки</a> авто каско
авто москва http://autokool.ru/content/view/56/29/ авто продажа
Sat 29-Nov-2008 21:27
Posted by:oriexiaembora  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
To Know Crony is To Love Crony -Where History Begins

HQ in Malaysia
HQ in Shanghai
HQ in Taiwan
View all 7 photos...
Pada awal tahun 1980 an, pengasas CRONY Boutique International, Monsieur Louis Liou ialah seorang yang gemarkan kecantikan. Beliau sedar bahawa ramai orang telah melakukan banyak percubaan yang tidak sesuai dalam menjaga bentuk badan mereka. Apabila menyedari bahawa ramai orang terpaksa menahan dan menanggung kesakitan hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang di ingini, Louis mendapat ilham untuk mecipta kaedah yang selamat dan berkesan untuk pembentukan tubuh dan penggiatan semula wajah. Perasaan puas hati dan teruja dapat dirasai apabila kita dapat membantu seseorang untuk mengekalkan potongan tubuh yang cantik dan wajah yang menarik sepanjang hayat mereka.

Louis telah kembali ke Eropah dengan idea ini dan kemudiannya beliau menubuhkan pasukan penyelidik dan pembangunan bioteknologi untuk melakukan banyak kajian dan penyelidikan terhadap rekacipta produk pakain dalam wanita dan penjagaan wajah.

Pada tahun 1985, beliau menamakan hasilnya sebagai CRONY, yang bermaksud “rakan akrab” dan seterusnya memperkenalkan hasil ciptaannya dengan menggunakan tumbuhan asli untuk memperolehi hasil yang selamat dan berkesan. Selain itu, generasi pertama program kecantikan “Pakej Program Penggiatan Semula Muka AA” telah dicipta dengan menawarkan perkhidmatan ala pakar runding. Berbeza daripada kaedah jualan tradisional, AA mempunyai proram kecantikan baru yang sesuai dengan gaya hidup anda. Sebaik sahaja ia dilancarkan di pasaran, ia telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia kerana hasilnya yang begitu ketara dan memberansangkan.

Pada awal tahun 1990-an, sebagai perintis, CRONY telah mencipta konsep “Bioteknologi Selamat dan Berkesan, sejurus itu pakaian dalaman berbentuk S dan kombinasi siri A dan C dilancarkan. Dengan penjagaan dari dalam dan luar secara serentak, kesan ketara Program Pembentukan Tubuh AS amat dikagumi dan disanjungi dalam bidang kecantikan, khususnya pakaian dalaman berbentuk S yang serta merta dapat mengubah bentuk tubuh anda dan berkesan secara berterusan selama 24 jam. Justeru itu, ia adalah ‘rahsia di sebalik fesyen terkini’ di Paris.

Selepas berdekad menjalankan perniagaan dan meneruskan pembaharuan dalam generasi kedua, ketiga dan keempat Program Kecatikan AA dan AS, amat yakin dengan konsep “ Rakan anda yang paling akrab”, CRONY sebagai peneraju duia dalam bidang kevantikan dengan telitinya memenuhi keperluan dan kehendak manusia di seluruh dunia, menyasar keperluan pelanggan, menganjurkan aktiviti secara berterusan, memberi peluang ke arah kejayaan dan mengekalkan kedudukan cemerlang dalam industri kecantikan.

Norhidawati Abdul Aziz
Senior Executive Marketing Trainer
Email: watie@cronyparis.com
Yahoo ID: sexywatie
Website:www.cronyparis.com @ www.e-crony.com
Office:03-80246069
Fax:03-80246063/5069
Hp:016-2877122

Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen4.pidgintech.com